2012年2月26日星期日

KEM BOLA KERANJANG MSSWP

        Pemain yang berjaya dipilih mewakili MSSWP berkumpul di sekolah saya, dan menjalankan latihan. Kem tersebut mulai pada 24 Febuari 2012 (Jumaat) hingga 26 Febuari 2012 (Ahad), kemudian akan sambung semula pada 02 Mac 2012 (Jumaat) hingga 09 Mac 2012(Jumaat). Saya adalah salah seorang guru yang dipilih oleh pihak sekolah untuk bertanggungjawab terhadap kem ini. Saya telah bermalam di sekolah pada hari Sabtu. Dalam kem ini saya berpeluang untuk menyaksi latihan pemain-pemain bola keranjang. Saya mempelajari banyak dalam kem ini. Haraplah ia dapat membantu saya dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan jasmani saya. Sekian, terima kasih.

没有评论:

发表评论