2011年12月12日星期一

Hormat Pada Orang Tua

Orang tua merupakan orang yang berpengalaman dan berjasa, kita patut menghormati mereka.

HORMAT-MENGHORMATI ORANG LAIN

Kita patut menghormati orang lain. Pertuturan dan kelakuan kita mesti berhati-hati ketika berkomunikasi dengan orang lain. Janganlah menyakitkan hati orang lain.

Janganlah selalu marah-marah

Marah adalah perbuatan yang tidak bijak, ini akan menjejaskan imej kita. Orang lain tidak akan menghormati seseorang yang suka marah. Orang yang selalu marah akan kehilangan kawan, orang lain tidak akan menyukai mereka.

Menjaga Kebersihan Diri

Selepas bangun, jangan lupa menggosok gigi dan mengemaskan katil. Jangan asyik memanggil orang gaji untuk membuat semua ini. Kita patut mengamalkan sikap berdikari.

2011年12月10日星期六

Mencintai negara kita

Lagu patriotik dapat memupukkan nilai cintai negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia patut mengamalkan nilai murni ini demi mencapai impian negara.

Reduce, Reuse,Recycle

3R (Reduce, Reuse, Recycle) amat penting dalam kehidupan kita. Sekolah kita juga mengadakan banyak aktiviti untuk memupukkan nilai sayangi bumi kita. Sebagai contoh, pertandingan membersihkan bilik darjah, mengutip suratkhabar yang lama, menggunakan bekas yang dapat digunakan lagi untuk menyediakan makanan. Sebagai seorang guru, kita patut mendidik anak murid kita melalui aktiviti seharian.

MAKAN SIHAT, BADAN SIHAT

Makanan yang sihat amat penting untuk kita. Kita akan bertenaga jika memilih makanan yang sihat. Dengan ini, kita dapat menjauhi penyakit-penyakit lain.

MARILAH BERSENAM BERSAMA


Bersenam dapat menjadikan badan kita sihat.  Ia dapat membawa keseronokkan kepada kita. Marilah kita bersenam bersama-sama.

GIMRAMA SEKOLAH SAYA


Ahli-ahli gimrama sekolah saya berusaha untuk berlatih dan akhirnya mempersembahkan dengan baik. Nilai tekun dan berusaha mereka sebagai teladan kita semua.

RAKAMAN DARIPADA ASTRO XIAOTAIYANG

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA


Nyawa adalah berharga. Kita mesti berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Jika setiap orang dapat mematuhi peraturan lalu lintas, keselamatan kita dapat dijaminkan.  

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Barangan buatan Malaysia adalah pilihan pertama saya. Barangan buatan tempatan bukan sahaja murah malah tahan lama. Kereta saya juga buatan Malaysia, ia telah digunakan oleh saya selama 10 tahun. Haraplah semua orang boleh membeli barangan buatan Malaysia untuk menunjukkan hati yang mencintai negara.

KEM MOTIVASI

Sekolah saya telah mengadakan satu kem motivasi untuk murid-murid tahun 5. Dalam kem motivasi ini, mereka dapat belajar banyak daripada kehidupan mereka. Pengetahuan sebegini tidak dapat dipelajari dalam buku ataupun dalam kelas. Mereka dapat belajar membeli sayur-sayuran di pasar, memasak, mendirikan khemah, menyelesaikan masalah bersama dengan ahli kumpulan dan sebagainya. Dalam tiga hari ini, murid-murid akan belajar nilai berdikari, bekerjasama, kasih sayang, berhemah tinggi, sayang-menyayangi dan sebagainya. Haraplah mereka dapat mengingati apa yang telah belajar dalam 3 hari ini dan juga menggunakannya dalam kehidupan mereka.
                  

BAHASA JIWA BANGSA


Kita harus mencintai bahasa, bangsa dan negara kita supaya 1 bangsa, 1 negara, 1 Malaysia dapat dicapaikan.