2011年12月10日星期六

GIMRAMA SEKOLAH SAYA


Ahli-ahli gimrama sekolah saya berusaha untuk berlatih dan akhirnya mempersembahkan dengan baik. Nilai tekun dan berusaha mereka sebagai teladan kita semua.

RAKAMAN DARIPADA ASTRO XIAOTAIYANG

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA


Nyawa adalah berharga. Kita mesti berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Jika setiap orang dapat mematuhi peraturan lalu lintas, keselamatan kita dapat dijaminkan.  

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Barangan buatan Malaysia adalah pilihan pertama saya. Barangan buatan tempatan bukan sahaja murah malah tahan lama. Kereta saya juga buatan Malaysia, ia telah digunakan oleh saya selama 10 tahun. Haraplah semua orang boleh membeli barangan buatan Malaysia untuk menunjukkan hati yang mencintai negara.

KEM MOTIVASI

Sekolah saya telah mengadakan satu kem motivasi untuk murid-murid tahun 5. Dalam kem motivasi ini, mereka dapat belajar banyak daripada kehidupan mereka. Pengetahuan sebegini tidak dapat dipelajari dalam buku ataupun dalam kelas. Mereka dapat belajar membeli sayur-sayuran di pasar, memasak, mendirikan khemah, menyelesaikan masalah bersama dengan ahli kumpulan dan sebagainya. Dalam tiga hari ini, murid-murid akan belajar nilai berdikari, bekerjasama, kasih sayang, berhemah tinggi, sayang-menyayangi dan sebagainya. Haraplah mereka dapat mengingati apa yang telah belajar dalam 3 hari ini dan juga menggunakannya dalam kehidupan mereka.
                  

BAHASA JIWA BANGSA


Kita harus mencintai bahasa, bangsa dan negara kita supaya 1 bangsa, 1 negara, 1 Malaysia dapat dicapaikan.

2011年11月26日星期六

Rakaman macroteaching saya


Inilah rakaman macroteaching saya, haraplah kawan-kawan saya boleh beri sedikit tunjuk ajar.
Saya berasa mengajar di depan video merupakan satu pengalaman yang baik, ini dapat membantu saya membuat refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran tersebut. Saya boleh mengetahui masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya akan berbuat dengan baik dalam pengajaran saya dan berhasrat untuk menjadi seorang guru yang baik.
Sekian, terima kasih.